26 Jun 2023 – Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah diadakan Taklimat Pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Jempol oleh RISDA Negeri Sembilan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamarul Azizi bin Mat Zin, Pengarah RISDA Negeri Sembilan dan team atas kesudian ke Pejabat Daerah dan Tanah Jempol untuk penyelarasan dan taklimat Pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Daerah Jempol yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal Binti Mohamed Amin.
Semoga matlamat pembangunan ekonomi di Jempol dapat dibangunkan dengan seiring dan lebih berkesan.
#MalaysiaMadani #NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera #pdtjempol