jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Tak perlu lagi hidup menumpang

Arkib Berita

Tak perlu lagi hidup menumpang

 

Tak perlu lagi hidup menumpang

Ismail Sabri (tiga kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Jeram Panjang yang terlibat.

JEMPOL – Tiada ungkapan lain selain rasa syukur yang mampu dilafazkan sepasang suami isteri di Kampung Jeram Panjang di sini, apabila menerima sebuah rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).Nazri Arshad, 45, dan isterinya Hasmizah Hasnan, 31, bersama empat anaknya sebelum ini menumpang di sebuah rumah milik seorang penduduk kampung itu sejak 11 tahun lalu.“Syukur kerana kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) prihatin dengan rakyatnya, malahan rumah baru ini memberi keselesaan kepada saya sekeluarga.

“Akhirnya impian memiliki rumah sendiri tercapai selepas hampir tiga tahun menunggu setelah membuat permohonan mengenainya, sebelum diluluskan pada September lalu.“Manakala sebelum ini saya bekerja kontrak. Namun sekitar 11 tahun lalu saya diserang sakit di bahagian usus, sekali gus membataskan pergerakan untuk bekerja berat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Walkabout PPRT (KUB) Parlimen Jempol di Kampung Jeram Panjang, kelmarin.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Umno Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Shariff, dan Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam.Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di Negeri Sembilan sebanyak 32 rumah PPRT akan dibina baharu manakala sebanyak 379 rumah akan dibaik pulih tahun ini.“Dalam jumlah itu, sebanyak 46 rumah dalam perlaksanaan baik pulih dan telah siap sebanyak lima buah rumah.

“Manakala di Jempol sahaja pembinaan baru rumah PPRT berjumlah lapan buah manakala baik pulih sebanyak 60 rumah. Namun kita akan pertimbangkan jika ada penambahan,” katanya.Terdahulu, Ismail Sabri melawat empat kediaman penduduk Kampung Jeram Panjang yang membabitkan baik pulih rumah masing masing bernilai RM13, 000 dan pembinaan baharu rumah PPRT bernilai RM56,000.

Sumber : Sinar Harian Online

Skip to content