jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Tahniah! dan Terima Kasih Kepada Pembayar Cukai Terawal Daerah Jempol bagi Tahun 2024.

Tahniah! dan Terima Kasih Kepada Pembayar Cukai Terawal Daerah Jempol bagi Tahun 2024.

𝟬𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 – Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL) meraikan pembayar-pembayar cukai tanah terawal bagi tahun 2024.

Untuk makluman, sebanyak 300 cenderahati istimewa disediakan utk pemilik-pemilik tanah yang hadir ke kaunter di PDTJL untuk membayar cukai mereka. Majlis hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal binti Mohamed Amin yang sudi meluangkan masa semasa menyampaikan cenderahati.

 

PDTJL sangat menggalakkan pembayaran secara atas talian/online melalui laman web https://e.ptgns.ns.gov.my atau melalui kaunter hasil di Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Sembilan. Mulai tahun ini tiada lagi bil cukai dikeluarkan kepada pemilik tanah. Oleh itu, sama-sama kita cakna dan sebarkan maklumat ini.

 

𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗸𝗶𝘁𝗮. 𝗝𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝟯𝟭 𝗠𝗲𝗶.
#PDTJempol #PembayarCukaiTerawal #BersihMuafakatSejahtera

Skip to content