7 Mei 2024, Selasa – Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (Bahagian Pembangunan Fizikal) telah mengadakan sesi taklimat bagi dua kerja rutin di Kampung Serampang Indah dan Kg. Baru Air Hitam di Dewan Seri Rompin, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol pada jam 2.00 petang dengan kehadiran 94 kontraktor G1 yang telah berdaftar.
Manakala di lokasi yang berlainan Sesi Lawatan Tapak serta taklimat bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Fasiliti dan Surau Serta Lain-lain Kerja Berkaitan di Hutan Lipur De Bana, Jempol pada jam 9.00 pagi. Seramai 43 kontraktor berdaftar G2 telah mengambil bahagian.