Selamat Datang Pegawai Daerah Jempol, Tuan Mas Midyawan bin Yahya ke Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 1 April – Pegawai Daerah Jempol, Tuan Mas Midyawan bin Yahya telah selamat tiba jam 9.00 pagii di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Kedatangan Pegawai Daerah telah disambut oleh pegawai dan staff di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Majlis bacaan doa selamat telah diadakan di Bilik Pegawai Daerah, seterusnya lawatan ke bahagian/unit, kediaman Rasmi Pegawai Daerah Jempol serta diadakan cara menanam pokok buah-buahan di Kediaman Rasmi oleh Jabatan Pertanian Jempol.
Seterusnya Pegawai Daerah meneruskan dengan lawatan ke Projek CSR perkampungan Ibada di Serting Tengah. Turut serta melawat kediaman mangsa kebakaran di Kg. Serting Ulu & menjamu selera di Jeram Kenangan Serting Ulu. Semoga Tuan Pegawai Daerah dapat memacu Jempol ke arah yang lebih baik.