31 Ogos 2022 – Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang telah berlangsung di Padang MBS telah dihadiri oleh pelbagai agensi Kerajaan, Swasta dan semua lapisan masyarakat. Seawal jam 6.00 pagi kontinjen perbarisan telah memenuhi Padang MPS dan pelbagai lapisan masyarakat telah turut serta untuk sama-sama menyaksikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.Tema Kemerdekaan pada tahun ini “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”
Acara disambut penuh meriah dengan 81 Kontinjen menyertai perbarisan pada kali ini, setelah 2 tahun negara tidak meraikan sambutan disebabkan pendemik covid-19. Kontinjen PDT Jempol juga turut mengambil bahagian dalam perbarisan tahun ini. Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar Merdeka!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
#pdtjempol
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#negerisembilan
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera