Seremban, 28 September 2023 – Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1445H/2023M di Padang Majlis Bandaraya Seremban Baginda bertitah dan merasmikan Majlis tersebut.
Turut bersama anaknda YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz. Menurut YAB Datuk Seri Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan dalam ucapannya Tema Maulidurrasul tahun ini ialah PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI, dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW membangunkan negara Madinah Munawwar, menyatukan umat pelbagai 10 bangsa dan agama menerusi Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah).
Perarakan kali ini disertai oleh 76 kontinjen melibatkan lebih kurang 4500 peserta terdiri dari Agensi kerajaan, Badan Swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta sekolah. Tidak ketinggalan Golongan kurang upaya (OKU) dan masyarakat awam hadir bersama-sama keluarga memeriahkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Pejabat Daerah Jempol turut hadir pada sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan keanggotaan seramai 43 orang peserta.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia