REWANG BUBUR LAMBUK Sempena Bulan Ramadhan, Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
21 Mei 2019, Bandar Seri Jempol – Kelab Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Jempol telah mengadakan REWANG BUBUR LAMBUK sempena Bulan Ramadhan 1440H . Program ini telah berjaya menyatukan semua kakitangan di Jabatan ini dengan semangat bergotong -royong dan bekerjasama. Pemberian bubur lambuk pada jam 2.30 petang telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah, Tuan Mas Midyawan kepada semua kakitangan di Jabatan dan Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol. Tahniah! diucapkan kepada kelab sukan di atas penganjuran program ini.