7 MAC 2024 | KSKK telah mengadakan Program Mantai Rewang Bubur Lambuk sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Program ini telah disertai oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Seawal jam 8:00 pagi, segala persiapan dari segi penyediaan bahan-bahan mentah seperti ayam, sayur, bawang dan sebagainya telah dilakukan di lokasi kantin Pejabat Daerah & Tanah Jempol.
Sarapan pagi turut disediakan bagi mengisi perut kakitangan sebelum memulakan kerja-kerja memasak. Program dimulakan dengan menyediakan menu tengah hari, Ayam Masak Lemak Cili Api bersama Sayur Campur. Setelah selesai, bermulalah proses memasak bubur lambuk. Terdapat dua jenis bubur lambuk yang telah disediakan iaitu daging dan ayam. Setelah kedua-dua menu tersebut siap, kakitangan di jemput untuk makan tengah hari bersama-sama dan diteruskan dengan mengisi bubur lambuk ke dalam bekas untuk diagihkan kepada semua kakitangan dan staff agensi kerajaan di dalam Kompleks ini.
Aktiviti bergotong-royong pembersihan dilakukan bersama-sama setelah selesai pengagihan bubur lambuk.
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan disamping merapatkan ukhwah yang terjalin antara kakitangan Pejabat Daerah khususnya.