Pusat Satelite MYFutureJobs@PKD
Daerah Jempol – Pusat Satelite MYFutureJobs@PKD telah dilancarkan pada 28 Disember 2021 di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir. Ini merupakan kerjasama dari PERKESO bersama PKD di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan matlamat untuk menawarkan akses perkhidmatan kepada komuniti Jempol, sekali gus mencapai hasrat kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.
Majlis Pelancaran Pusat Satelite MYFutureJobs telah disempurnakan oleh Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol dan turut disaksikan oleh En Fuad bin Alias, Pengarah PERKESO Negeri Sembilan dan En Hafiz, wakil Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, KPLB. Pihak PKD Serting Ilir telah bekerjasama PDTJL dan AADK bagi memperluaskan pencarian penduduk yang memerlukan pekerjaan terutamanya mereka yang berada di bawah pengawasan AADK. Program ini telah disambut baik oleh masyarakat dan peserta yang hadir adalah seramai 62 orang.
#MYFutureJobs