20 – 22 Oktober 2024 – Telah berlangsungnya Program ‘Team Building’ PDTJL Siri ke-3 yang diadakan di Chemerkaw Resort, Raub Pahang. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah diselaraskan oleh bahagian Korporat, Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Puan Hazwani bt. Ahmad.
Tema ‘Team Building’ kali ini adalah “Kembali Bersatu” yang menerapkan nilai-nilai kerjasama dan semangat berpasukan yang mantap. Pegawai Daerah Jempol Tuan Amino Agos bin Suyub turut meluangkan masa hadir bersama seterusnya, merasmikan Program ‘Team Building’ pada kali ini.
Program ini telah memberikan impak yang positif dikalangan peserta dan membina semangat kerjasama yang jitu di antara satu sama lain serta meningkatkan motivasi dikalangan pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan tugas.