Pejabat Daerah Jempol dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah Jempol telah menjalankan beberapa siri Lawatan Program Sumbangan Ihya Ramadan dan sumbangan Aidilfitri bersama Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal binti Mohamaed Amin kepada penerima yang terpilih di sekitar Daerah Jempol.
Sumbangan ikhlas ini adalah dari Pejabat Daerah Jempol dan kakitangan yang turut serta memberi untuk meringankan beban kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Semoga mereka semua mendapat manfaat dan para penyumbang juga dapat berkongsi rezeki dengan orang awam.
https://www.facebook.com/pdtjempol/posts/356713566500323 (Lokasi di Kampung Dusat dan Kampung Dato’Johan)
https://www.facebook.com/pdtjempol/posts/360036736168006 (Lokasi di Mukim Kuala Jempol, Serting Ulu dan Mukim Serting Ilir)