Program Sepakat@Komuniti KHM Felda Palong 2 dan Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka
Felda Palong 2, 24 Oktober 2019 – Pada jam 3 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Palong 2, Tuan Pegawai Daerah telah merasmikan Program Sepakat@Komuniti KHM Felda Palong 2 dan Majlis Penyerahan Hakmilik Peneroka. Majlis turut dihadiri oleh Penyelaras Dun Jeram Padang, Tn Hj. S Musliadi bin Hj. Sabtu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Hj. Sabarudin Yeop Hamza dan Timbalan Pengurus Felda.
Majlis turut diserikan dengan Pertandingan Muruku dan Pertandingan Membuat Kolum sempena meraikan Deepavali yang bakal tiba.
Sementara itu, majlis penyerahan hakmilik adalah melibatkan geran-geran bermasalah yang melibatkan seramai 13 orang peneroka.