Program Mantai Peringkat Daerah Jempol
Lokasi Tapak Pasar Tani Kekal (FAMA), Bandar Seri Jempol
12/6/2018, Selasa – Program Mantai Peringkat Daerah Jempol telah diadakan pada 12 Jun 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Sebanyak 22 ekor lembu dan 2 ekor kerbau telah disembelih untuk program ini. Daerah Jempol menjadi daerah pertama program mantai diadakan bagi tahun 2018. Program ini telah dihadiri oleh YB EXCO Kerajaan Negeri Tuan Teo Kok Seong, Pegawai Daerah Jempol Ybhg. Dato’Hj.Zazali bin Salehudin, Pegawai FAMA Daerah dan Pegawai Penyelaras DUN Serting.