Program Lambaian Merdeka 2018
10 Ogos, Bandar Seri Jempol – Program lambaian merdeka di Bukit Taisho, Bahau peringkat Daerah Jempol telah disempurnakan oleh Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol Y.M Tuan Raja Norazli bin Raja Nordin.Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan, penyertaan juga terdiri daripada anak-anak Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan badan-badan NGO. Program lambaian merdeka diadakan bertujuan untuk menyemarakan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2018 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.