14 Ogos 2024 – Telah berlangsungnya program senamrobik bertempat di Padang Pejabat Daerah & Tanah Jempol. Program adalah anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pejabat Daerah Jempol dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Jempol bertempat di Padang Pejabat Daerah & Tanah Jempol. Program ini telah disertai oleh kakitangan di agensi di sekitar Kompleks Pentadbiran Daerah.
Semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan di masa akan datang. Wakil Pejabat Kesihatan juga menyeru agar untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam 3-4 kali seminggu demi menjaga kesihatan yang baik dikalangan penjawat awam.