jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Program Jelajah Pusako ” Kenali Luak Jempol”

Program Jelajah Pusako ” Kenali Luak Jempol”

07 .02. 2024 | YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz telah berkenan berangkat ke Program Jelajah Pusako ” Kenali Luak Jempol” sempena sambutan Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang ke 76.
 
Ketibaan YAM Tunku telah disambut meriah oleh Pegawai Daerah Jempol Puan Nawal binti Mohamed Amin, Ketua Polis Daerah Jempol, Penghulu Luak Jempol, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Jempol, Ketua – ketua Jabatan, Dato – Dato Lembaga Adat, Jawatan kuasa adat , Pengerusi JPKK serta para peserta berbasikal Jelajah Pusako Kenali Luak Jempol.
 
Konvoi berbasikal bermula dari Penarikan Kg. Jambu lapan dan berakhir di Teratak Zaaba. YAM Tunku juga telah berkenan melibatkan diri dengan aktiviti0-aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung. Program ini adalah anjuran Pejabat Daerah Jempol dengan kerjasama agensi – agensi daerah.
Program bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
 
Terima kasih diucapkan diatas kesudian YAM Tunku berdua mencemar duli bagi memeriahkan program ini. Tidak lupa juga kepada para peserta berbasikal, urusetia, penduduk kampung dan semua pihak yang terlibat.
Skip to content