27 JUN 2024 l Telah berlangsungnya Program Inovasi Sosial : Klinik Pakar Mata Bergerak ( Klip Mobile ) 2024 di Dewan Felda Palong 12 Daerah Jempol.
Pegawai Daerah Jempol, Tuan Amino Agos bin Suyub turut meluangkan masa untuk hadir bersama ke program tersebut.
Program ini adalah anjuran Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ), Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, FELDA serta Pejabat Kesihatan Daerah. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.