Program gotong-royong membersihkan gelanggang futsal Kg Sri Rompin
Satu program gotong-royong membersihkan gelanggang futsal Kg Sri Rompin telah diadakan pada 20 Disember 2017. Program tersebut melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Daerah Jempol dan JKKK Kg. Sri Rompin.
Program tersebut bertujuan membersihkan gelanggang futsal untuk kemudahan dan keselamatan penduduk setempat di samping dapat menggunakan kemudahan yang telah dibina oleh pihak kerajaan dengan sepenuhnya.
Syabas diucapkan atas penglibatan, sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam program ini.