20 April 2022, Bandar Seri Jempol – Pogram memasak bubur lambuk telah berjalan dengan lancar di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol sempena Ramadhan 1443H anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Daerah Jempol.
Program ini juga memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan di Jabatan ini dan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadhan yang mulia. Tahniah diucapkan kepada barisan AJK yang telah merancang dengan baik dan ahli KSKK yang turut serta menyumbang tenaga. Bubur lambuk telah diagihkan kepada ahli KSKK serta warga kerja di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol.