Pertandingan Koir Antara Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan 2022
04 Ogos, Seremban – Kumpulan Koir Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol telah menyertai Pertandingan Koir Antara Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan 2022. Acara saringan telah bermula jam 2.30 petang bertempat di Klana Resort, Seremban. Kumpulan Koir PDT Jempol telah membawa lagu Setangkai Mawar sebagai lagu pilihan dan Warisan bagi lagu wajib pertandingan.
Walaupun Kumpulan Koir PDT Jempol tidak bernasib baik pada kali ini, namun tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Koir Pejabat Daerah & Tanah Jempol di atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan.
Cuba lagi di masa akan datang!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |