LANGKAH KESELAMATAN DI MUSIM BANJIR
Jagalah keselamatan anda semasa musim banjir, ikuti langkah – langkah keselamatan seperti:
Patuhi arahan anggota keselamatan / penyelamat untuk berpindah demi keselamatan anda
Elakkan bermain/meredah air banjir
Pakai jaket keselamatan semasa operasi pemindahan mangsa banjir
Sentiasa jaga kebersihan diri dengan betul
Sentiasa guna air bersih untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri
Sentiasa bersihkan pusat pemindahan supaya tidak dihurungi lalat dan tikus
Pakai pelindung diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir
Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan