Perjumpaan Khas Ketua Jabatan Bersama Pegawai Daerah
Bandar Seri Jempol – Satu perjumpaan khas Ketua Jabatan Daerah Jempol bersama Pegawai Daerah Jempol telah diadakan pada 29 November 2018 di Dewan Sri Rompin, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Perjumpaan ini diadakan bagi sesi perkenalan dan ramah mesra di antara Pegawai Daerah Jempol, YBhg. Datuk Haji Mohd Haniff bin Hassan dengan para ketua jabatan.
Majlis turut disekalikan dengan Perhimpunan Pagi peringkat jabatan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.