30 Oktober 2024 – Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi jabatan, sesi suai kenal dengan pegawai baru dan ucapan serta amanat dari Pegawai Daerah Jempol, Tuan Amino Agos bin Suyub. Sementara menunggu ketibaan Pengarah dan delegasi dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan tiba, majlis diteruskan lagi dengan perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Puan Anis Afiqah binti Ab. Aziz bertajuk Permohonan Tukar Syarat Tanah.
Ketibaan Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan telah disambut oleh Tuan Amino Agos bin Suyub, Pegawai Daerah Jempol serta pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL). Kehadiran Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap ke PDTJL bertujuan menyerahkan serta merasmikan Pemasangan Kiosk Pintar Hemat ePTGNS bagi kegunaan PDTJL. Secara tidak langsung Kiosk ini juga dapat memudahkan masyarakat di Daerah Jempol untuk membayar cukai tanah.
Kegunaan Kiosk ini juga dapat mencetak bil cukai tanah, carian bil cukai tanah, memohon carian hakmilik dan menyemak status perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dengan pantas dan mudah. Selain itu PDTJL juga turut menerima 9 unit komputer peribadi, 1 unit komputer riba dan 10 unit pencetak bagi kegunakan pengurusan tanah di Jempol.
Setinggi – tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta pegawai atas kunjungan ke PDTJL serta penyerahan peralatan-peralatan ICT bagi melancarkan pengurusan tanah di Jempol.