Perhimpunan Pagi Jabatan Bersama Pegawai Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 17 Disember 2019 – Perhimpunan pagi jabatan bersama Pegawai Daerah Jempol, Tuan Mas Midyawan bin Yahya telah diadakan di Dewan Sri Rompin Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Majlis turut meraikan perpisahan pegawai dan kakitangan yang bertukar jabatan serta penyampaian hadiah bagi pertandingan sukan dalaman yang telah diadakan pada 7 November hingga 11 Disember 2019.