Perhimpunan Pagi Bersama Tuan Pegawai Daerah
Bandar Seri Jempol, 25 September – Perhimpunan Pagi Bersama Tuan Pegawai Daerah Jempol telah diadakan di Dewan Sri Rompin, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Perhimpunan ini dihadiri oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, wakil daripada beberapa agensi kerajaan sekitar Daerah Jempol seperti IPD Jempol, Agendi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Jempol dan lain-lain. Pada pagi tersebut, satu taklimat “Bijak Kewangan” telah disampaikan oleh Pn. Hasliza, wakil Bank Simpanan Nasional (BSN). Penyampaian hadiah sempena aktiviti yang berlangsung pada bulan Kemerdekaan yang lepas turut diadakan.