20 Februari 2024 | Perhimpunan Jabatan Peringkat Daerah Jempol telah diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Jempol serta diadakan bersama Majlis Persaraan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Jempol, Tuan Raja Norazli bin Raja Nordin.
Perhimpunan bermula sejurus ketibaan Puan Pegawai Daerah, Puan Nawal Binti Mohamed Amin seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam telah diiringi oleh Kumpulan Koir Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Bacan Ikrar Penjawat Awam telah diketuai oleh En. Nasrullah Ismail bin Mohamed Nazir serta bacaan doa diketuai oleh Pegawai JAINS Jempol.
Puan Pegawai Daerah telah menyampaikan amanat dan penghargaan kepada semua kakitangan di Jabatan-Jabatan Daerah Jempol yang telah memberi komitmen yang baik. Penyampaian cenderahati sempena meraikan persaraan YDP MPJL juga telah diadakan dan disampaikan oleh ketua-ketua Jabatan yang didahului oleh Puan Pegawai Daerah bagi mewakili Jabatan mereka sebagai tanda penghargaan dan kenangan.
Ucapan ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan kali ini.