jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Perhimpunan Jabatan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol Siri 1/2025

Arkib Berita

474473865 1049229653915374 4481527644273480217 n

22 JANUARI 2025 l Telah berlangsungnya Program Perhimpunan Jabatan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol siri 1/2025 bertempat di Dewan Sri Rompin Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Urusetia bagi perhimpunan kali ini adalah Unit Pembangunan Masyarakat & Fizikal.

Ketibaan Pegawai Daerah Jempol Tuan Amino Agos bin Suyub telah disambut meriah oleh Ketua – Ketua unit bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Pegawai Daerah Jempol telah menyampaikan amanat beliau kepada semua kakitangan yang mengfokuskan kepada Integriti, Produktif dan berhati-hati dalam menjalankan tugas masing-masing. Pegawai Daerah Jempol juga mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2024.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi pengenalan kakitangan baru seterusnya Taklimat Gangguan Seksual Dalam Kalangan Penjawat Awam yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) dari Pejabat Kesihatan Daerah Jempol.

Dianggarkan pada jam 10.00 pagi perhimpunan bersurai.

 

Skip to content