31 Mei 2024, Dewan Seri Rompin – Perhimpunan pagi bersama Pegawai Daerah Jempol, Ybrs. Tuan Amino Agos bin Suyub.
Sesi suai kenal dan beramah mesra dengan Pegawai Daerah Jempol dan pegawai yang baru melapur diri di jabatan ini.
Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan amanat kepada semua kakitangan di Jabatan ini supaya menjalankan tugas dengan komited dan berdedikasi. Bekerja dalam satu pasukan dan memberikan khidmat yang terbaik untuk orang awam serta masyarakat di Daerah Jempol.