jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama PENYERAHAN VAN BERGERAK  KEPADA 6 PEJABAT DAERAH & TANAH NEGERI SEMBILAN

Arkib Berita

penyerahan van bergerak kepada 6 pejabat daerah tanah negeri sembilan 6420dd6053769
 

PENYERAHAN VAN BERGERAK  KEPADA 6 PEJABAT DAERAH & TANAH NEGERI SEMBILAN

 

Terima kasih Kerajaan Negeri Sembilan di atas inisiatif untuk meningkatkan lagi hasil kutipan cukai tanah di setiap Daerah di Negeri Sembilan.

 

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyerahkan Van Kaunter Bergerak kepada 6 Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan pada tengah hari ini. Penyediaan van ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2021 yang lalu di bawah bidang tumpuan Pentadbiran. 

Van tersebut bakal digunakan sebagai kaunter kutipan cukai tanah bergerak di kawasan luar bandar mulai pertengahan Disember 2021. Untuk makluman, semua Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Sembilan menerima van tersebut kecuali Daerah Seremban dan Port Dickson. Antara perkhidmatan yang ditawarkan boleh kaunter bergerak ini adalah bayaran cukai tanah, carian maklumat hak milik pembayar, cetakan bil cukai tanah serta semakan bil cukai tanah.

Semoga kaunter bergerak ini memudahkan urusan orang ramai terutamanya masyarakat di luar bandar yang mengalami kesukaran untuk hadir ke kaunter pejabat. Insya-Allah, kepelbagaian perkhidmatan akan ditambah dari masa ke masa dengan penambahan perkhidmatan kutipan cukai pintu, cukai persendirian dan carian rasmi.

 

PK7 PK9
PK1 PK2
PK3 PK4
PK5 PK6
PK8 PK10
PK11 PK12
PK13 PK14
PK15 PK16

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

 

 

Skip to content