FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian Khidmat Pengurusan meliputi aspek-aspek pentadbiran Am, Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi Maklumat, Pengurusan Aset dan Stor, Pengurusan Majlis dan Protokol, kewangan dan Pengurusan Data.
1. PENTADBIRAN AM
- Pengurusan mesyuarat di Peringkat Daerah dan Jabatan
- Pengurusan sistem mel jabatan
- Pengurusan permohonan dan penyelenggaran kuartes kerajaan
- Pengurusan kenderaan jabatan
- Perancangan dan penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan
2. SUMBER MANUSIA & LATIHAN
- Pengurusan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan kakitangan berkaitan pengesahan lantikan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen persaraan, kenaikan pangkat, pemangkuan, penanggungan kerja, pertukaran dan penempatan.
- Perancangan dan pengurusan kursus, bengkel dan taklimat untuk pegawai dan kakitangan.
3. TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Merancang dan mengurus hal-hal berkaitan ICT jabatan.
- Penyeliaan dan kemaskini laman web rasmi dan media sosial Jabatan.
- Mengurus perolehan dan penempatan peralatan ICT Jabatan.
4. MAJLIS DAN KERAIAN
- Menyelaras aktiviti/program/majlis di peringkat daerah termasuk yang melibatkan keberangkatan ke bawah DYMM Yang DiPetuan Besar Negeri Sembilan di Daerah Jempol,
- Penyeliaan dan khidmat nasihat berkaitan urusan protocol untuk program-program melibatkan kehadiran pemimpin – pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutuan ke Daerah Jempol
5. PENGURUSAN ASET DAN STOR
- Pengurusan Aset Alih dan Stor Jabatan termasuk pelantikan, penurunan kuasa, perolehan, pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan dan verifikasi, penyelenggaraan, pelupusan, hapuskira, merekod stok, menyimpan aset dan setor.
6. PENGURUSAN KESELAMATAN
- Menguruskan penurunan kuasa keselamatan termasuk pelantikan Pegawai Pengelas, Pegawai Keselamatan Jabatan, Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan.
- Memastikan sistem keselamatan jabatan termasuk Sistem Pencegahan Kebakaran, CCTV, Pengurusan bencana kompleks dan pengeluaran pas keselamatan kakitangan.
- Menyelia pengurusan keselamatan dokumen-dokumen terperingkat jabatan (Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar)
7. PENGURUSAN KEWANGAN
- Menguruskan penurunan kuasa berkaitan kewangan.
- Merancang dan menyelaras Anggaran Belanja Mengurus Tahunan Jabatan
- Menyedia dan melengkapkan permohonan Pesanan Tempatan dan Inden Kerja serta proses bayaran semua jenis perolehan.
8. PENGURUSAN DATA
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan modul-modul HRMIS supaya sentiasa dikemaskini.
- Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan bagi penggunaan modul-modul HRMIS.