Lawatan Kerja Pegawai Daerah dan Tanah Jempol ke DUN Palong
 
05 November 2020, Dun Palong - Pegawai Daerah Jempol, Tuan Syahrul Nizam bin Saleh telah melawat ke DUN Palong pada hari ini bagi melihat isu dan perancangan pembangunan DUN Palong.
 
Lawatan ini diselaraskan oleh Pejabat Penyelaras DUN Palong dan turut disertai oleh wakil Majlis Perbandaran Jempol, pihak FELDA, FAMA, MPKK Felda Palong 4,5 & 6 serta pengurus FELDA Palong 4,5 & 6.
 
Pelbagai isu telah dibincangkan dan diteliti di samping penyelarasan tindakan susulan yang direncana. Perancangan pembangunan juga dibincangkan. Perancangan dan tindakan ini harus menggembleng usaha dan peranan pelbagai pihak dalam merencana strategi yang ampuh - kebolehlaksanaan perancangan jangka masa panjang walau kita masih dalam usaha menangani dampak pandemik COVID-19.
 
 
logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia