Kursus Pengurusan Aset Alih  & Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

 

04 November 2020, Dewan Aurora Boutique Hotel - Kursus yang berlangsung selama tiga hari (4/11/2020 sehingga 6/11/2020) itu disertai oleh 29 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih mendalam dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan aset alih dan stor kerajaan. 

Pengurusan aset alih ialah proses menjaga, mengawal, memelihara, mengendali dan menyenggara harta berbentuk fizikal yang mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau bagi masa akan datang dalam pengeluaran barang siap atau perkhidmatan. Proses pengendalian harta modal bermula dari peringkat perolehan hingga pelupusan. Prinsip pengurusan aset ialah untuk memberi perkhidmatan dan semua aset akan haus dan nilai akan berkurangan. Apabila kerosakan ditemui, ianya terlalu lewat untuk dipulihkan dan kos berterusan bagi aset biasanya jauh melebihi dari kos awal.

Pengurusan stor pula bertujuan untuk menguruskan stok yang meliputi Penerimaan, Merekod, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan, Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira. Contoh stok ialah bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti dan sebagainya. Lawatan ke stor utama juga telah diadakan sebaik sahaja selesai penerangan berkenaan pengurusan stor kerajaan.

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia