Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jempol

 

09 Oktober 2020, Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol – Telah berlangsung satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Jempol.Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hamid kerana sudi meluangkan masa untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil di Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol pada hari ini.

Bacaan yassin yang bermula pada jam 9.00 pagi itu disertai oleh warga kakitangan Pejabat Daerah yang bertempat di Bilik Gerakan. Bacaan yassin dan tahlil ini diadakan untuk disedekahkan kepada almarhum dan almarhumah yang telah meninggal dunia, serta bagi mendoakan kesejahteraan warga Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan negara Malaysia agar terpelihara dan dijauhkan dari wabak Covid-19.

Kelab Sukan dan Kebajikan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai bacaan yassin dan tahlil pada kali ini.