Bas percuma diperluaskan ke Jempol bagi ringankan beban rakyat

 

 

Bandar Seri Jempol, 29 Januari 2020 - Kerajaan Negeri Sembilan mengambil keputusan untuk meluaskan perkhidmatan bas percuma sehingga meliputi daerah Jempol, susulan sambutan mengalakkan orang ramai terhadap perkhidmatan bas percuma di Seremban.

Penyediaan bas tersebut bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan selain menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat Gtt Liner Sendirian Berhad.

Dua buah bas disedia untuk perkhidmatan berkenaan bagi kemudahan orang ramai di daerah Jempol.Waktu operasi bas adalah daripada pukul 6.30 pagi sehingga 5.30 petang dengan 12 perjalanan dalam sehari.

 

Sumber :http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/15054-bas-percuma-diperluaskan-ke-jempol-bagi-ringankan-beban-rakyat