Pertandingan Futsal dan Bola Tampar antara Pejabat Daerah dan Tanah di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

 

Pertandingan Futsal dan Bola Tampar Antara Pejabat Daerah dan Tanah di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan PDTJL telah berlangsung julung kalinya pada 1 Februari 2020 di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.

YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan menyaksikan pertandingan akhir acara futsal dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah menjadi Johan dalam acara bola tampar wanita diikuti Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah menyandang naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh PDT Seremban.

Acara futsal dimenangi oleh PDT Jelebu. Naib Johan disandang oleh PDT Jempol dan tempat ketiga dimenangi oleh PDKT Gemas. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang! 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua PDT yang mengambil bahagian. Tahniah juga diucapkan kepada urusetia program yang bertungkus lumus memastikan kelancaran program.

 

Galeri Gambar

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia