Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-72

 

Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. semulia-mulia kejadian, juga ke atas kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Ampun Tuanku,

Dengan segala kerendahan diri, menzahirkan setulus kalam dari pancaran mata patik sekalian, seikhlas dari denyutan nadi, Pejabat Tanah dan Daerah Jempol merafak sembah dan menjunjung kasih dirgahayu Ke Bawah Duli Tuanku atas limpah perkenan bagi patik sekalian menyaksikan Ke Bawah Duli Tuanku bersemayam di singgahsana takhta Negeri Sembilan Darul Khusus dengan segala kemuliaan dan kebesaran sempena menyambut ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-72.

Patik sekalian berdoa ke hadrat ilahi agar Ke Bawah Duli Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah Allah S.W.T serta sentiasa dikurniakan kesihatan sepanjang hayat agar rakyat dapat berpayung di bawah naungan Ke Bawah Duli Tuanku. Daulat Tuanku!

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia