Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 36, di Dewan Sri Rompin, Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol.
Terima kasih kapada barisan Jawatan Kuasa lama yang mantap lagi hebat dan selamat datang kepada Jawatankuasa baru.
Semoga usahasama dan gandingan ini boleh memupuk ukhwah dan menjalinkan kesepakatan dalam melaksanakan tanggungjawab bersama PUSPNITA Cawangan Daerah Jempol ini.
Majlis telah dirasmikan oleh Penasihat PUSPANITA Cawangan Jempol iaitu Puan Nawal binti Mohamed Amin merangkap Pegawai Daerah dan Tanah Jempol pagi tadi.
Jutaan terima kasih kepada semua Ketua-ketua Jabatan Wanita di Daerah Jempol yang berkesempatan hadir pagi tadi dan
tak ketinggalan kepada semua wanita hebat yang bertugas di Daerah Jempol yang hadir.
Sesi perkongsian motivasi BEST (Baik Emosi Sihat Tubuh) yg dibentangkan oleh Dr Norwani Ahmat, disambut baik dikalangan ahli.
Semoga PUSPANITA Jempol mengorak langkah kehadapan untuk melaksanakan amanah ini dengan lebih baik dan sempurna.