jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 34

Arkib Berita

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 34

 

 

Bandar Seri Jempol, 16 Mac  – Telah berlangsung Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 34, bertempat di Dewan Sri Rompin Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi yang telah dihadiri oleh pelbagai agensi jabatan kerajaan seramai 93 orang ahli.

Mesyuarat kali ini adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baharu sesi 2021/2022. Seramai 4 orang ahli biasa telah dilantik dari Pejabat Felda dan Majlis Perbandaran Jempol, manakala Penolong Setiausaha telah disandang oleh ahli dari Hospital Jempol. Manakala jawatan Penolong Bendahari disandang oleh ahli dari Felda Wilayah Raja Alias dan 2 orang pemeriksa kira-kira dari JKR Daerah Jempol.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol Puan Sarimah binti Mat Isa, isteri Pegawai Daerah Jempol.

Skip to content