Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 33
04 Februari 2020, Bandar Seri Jempol – Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Jempol kali ke 33 telah diadakan di Dewan Besar, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 80 orang ahli yan terdiri dari pelbagai agensi di sekitar Daerah Jempol, di antaranya adalah Pejabat Daerah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, JKR, JKM, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol, Hospital Daerah Jempol, KEMAS, Kolej Komuniti Daerah Jempol dan ahli dari FELDA.
Pelbagai Aktiviti tahun 2020 telah dirancang dan akan diadakan sepanjang tahun, Pengerusi berharap agar ahli-ahli dapat memberi komitmen yang baik sepanjang tahun ini dan seterusnya.
Selain itu juga, beliau turun menyampaikan Titipan nasihat YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah pada Sesi Kunjungan Hormat oleh Yang DiPertua PUSPANITA pada 29 Januari 2020 untuk perkongsian bersama:
- Aspek Persatuan dan Kebajikan:
- PUSPANITA adalah merupakan persatuan utama yg telah ditubuhkan untuk semua anggota wanita perkhidmatan awam dan isteri-isteri penjawat awam lelaki. PUSPANITA perlu diteruskan dan dikekalkan sebagai medium penyatuan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kebajikan oleh semua ahli. Kemudiannya, BAKAT dan PERKEP juga ditubuhkan, seterusnya PERWAKILAN untuk isteri-isteri perwakilan di luar negara.
- Sentiasa bergiat secara aktif dalam aktiviti di peringkat jabatan dan kemasyarakatan
- Mengadakan aktiviti sukan, muzik dan kesenian di peringkat jabatan dan persatuan, serta mendorong anak-anak mengikuti kelas muzik atau kesenian untuk memupuk bakat mereka. Ini juga dapat mengelakkan anak-anak dari melaksanakan aktiviti tidak sihat dan membuang masa seperti melepak
- Warga emas dan golongan kurang berkemampuan hendaklah sentiasa disantuni.
- Aspek Kesihatan:
- Menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga. Para pegawai wanita digalakkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan i.e mammogram secara berkala. Early prevention and detection can save your live.
- YABhg. Tun turut berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang cancer survivor. Keyakinan dan semangat positif perlu sentiasa kuat untuk melawan penyakit dan sembuh. Kemajuan teknologi perubatan banyak membantu pemulihan para pesakit.
- Cabaran kesihatan masa sekarang adalah pelbagai. Pelbagai penyakit dan virus baru muncul seperti novel coronavirus dan influenza yg memerlukan usaha menyeluruh untuk membantu menanganinya
- Anak-anak seharusnya diberikan suntikan imunisasi bagi mencegah penyakit-penyakit berbahaya seperti polio, difteria, kancing gigi, batuk kokol dan sebagainya
- Semua wanita perlu mempunyai pendidikan dan pengetahuan berkaitan mencegah dan merawat penyakit. Jangan terikut-ikut dengan kumpulan dan gerakan anti-vaksin masa kini yg boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.
- PUSPANITA disarankan untuk mengadakan program kesedaran berkaitan kepentingan vaksinasi dan ancaman virus-virus terkini untuk para ahli
- Aspek Antarabangsa:
- PUSPANITA perlu bersama-sama menyokong KASIH dan PERWAKILAN yg sedang dalam persediaan Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020. Para pegawai wanita perlu mengambil kesempatan dan peluang untuk turut terlibat dalam penganjuran program antarabangsa seperti ini sebagai pendedahan.
- Aspek Kesopanan:
- Para wanita perlu menjaga tatakelakuan dan kesopanan.
- Penampilan dan pakaian juga perlu sentiasa kemas dan sopan, tidak terlalu seksi dan memudahkan pergerakan kita seharian.
- Para wanita yang berkerjaya juga perlu cekap mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak dengan adab dan kesopanan
Sekian, terima kasih.