Malam Apresiasi Kewangan 2019 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
Malam Apresiasi Kewangan 2019 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan anjuran Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriah pada 5 Mac 2020 di Klana Resort Seremban bagi meraikan pencapaian kutipan hasil Negeri Sembilan bagi tahun 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun.
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah mencatatkan kenaikan pencapaian kutipan hasil sebanyak 25.53% bagi tahun 2019 sebanyak RM21.05 juta berbanding tahun sebelumnya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.