DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Anakanda berdua YAM Tunku Besar Seri Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1446H 2024.
Pejabat Daerah & Tanah Jempol turut menyertai perarakan tersebut. Seramai 47 orang peserta telah menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Majlis Perbandaran Seremban.
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024 “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”