Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol Tahun 1439H/2017M
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol Tahun 1439H/2017M anjuran bersama Pentadbiran Daerah Jempol dan Masjid Tuanku Muhriz telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Shamshulkahar bin Hj. Mohd Deli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Serting pada 9 November 2017 jam 7.00 petang.
Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Tan Sri Dr. Hj. Khalid bin Yunus penerima Tokoh Maal Hijrah peringkat Daerah Jempol bagi tahun 1439H/2017M.Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi kategori-kategori pengurusan masjid di seluruh daerah Jempol. Majlis turut diserikan dengan perkongsian ceramah bertajuk Hijrah Minda (Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) daripada Y.Bhg Dato’ Prof. Hj. Mohamad Naser.