Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Jempol dan Sambutan Pemulihan Carakerja Peringkat Kluster Daerah Kuala Pilah/Jempol/Tampin
Jempol, 24 Oktober 2019 – Pada jam 7.30 pagi telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Jempol di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Teo Kok Seong, Exco Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bahau. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Pegawai Daerah Jempol, En. Hatta bin Hj. Mohd Yasin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Siti Norwinah binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Penyelara-penyelaras DUN di daerah Jempol, dan Ketua-ketua jabatan Daerah Jempol.