Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H/ 2023 Peringkat Daerah Jempol
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Jempol telah pun berlangsung pada 09 Mei 2023 bertempat di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol. Majlis ini adalah anjuran bersama agensi Jabatan Kerajaan di Daerah Jempol.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara warga Pejabat Daerah dan Tanah Jempol serta agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat setempat di samping mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Turut Hadir YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YTM Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad Bin Hj. Abdullah dan YM Dato’ Penghulu Luak Jempol Ke 12 YM Dato’ Lela Putera Setiawan Mazri Bin Hj Mansol