1 Julai 2024 (Isnin) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Tahun 2024 Peringkat Daerah Jempol anjuran bersama Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol dan Majlis Belia Daerah Jempol telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jempol, Ybrs. Tuan Amino Agos bin Suyub.