Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jempol, Y. Bhg. Dato’ Hj. Zazali bin Salehudin
30/7/2018, Bandar Seri Jempol – Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jempol, Y. Bhg. Dato’ Hj. Zazali bin Salehudin telah diadakan di Dewan Besar, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol. Beliau telah berkhidmat di Daerah Jempol selama 1 tahun 7 bulan. Semoga Dato’ Pegawai Daerah akan terus berjaya dan diberikan kesihatan yang baik. Jasa dan bakti beliau akan terus dikenang oleh seluruh warga di Daerah Jempol.