Majlis Perletakan Batu Asas Projek Perumahan Kg. Ibada
|
|
Pegawai Daerah Jempol, YBhg. Dato’ Hj. Zazali bin Salehudin telah hadir ke Majlis Perletakan Batu Asas Projek Perumahan Kg. Ibada pada 20 Mac 2018 jam 2.30 petang. Majlis ini merupakan satu projek csr yang dibiayai sepenuhnya oleh Power Bricks Sdn. Bhd.
Projek ini melibatkan 10 buah keluarga yang telah menetap di atas tanah kilang terbabit sejak 20 tahun yang lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Shamshulkahar bin Hj. Mohd Deli, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Serting.