14 November 2024 l Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Hakmilik Peserta Felcra Bayai, Serting Ulu, Daerah Jempol yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan.
Majlis ini telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Jempol. Tahniah diucapkan kepada 213 orang peserta yang telah berjaya menerima hakmilik dalam majlis tersebut. Untuk makluman, FELCRA Bayai merupakan Tanah Rancangan terakhir yang berjaya diselesaikan pengeluaran hakmiliknya hasil kerjasama yang jitu di antara FELCRA dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Jempol, PDRM, JKR Jempol, FELCRA dan semua jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini.