MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK FELCRA ROMPIN A & PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH KEMPEN JOM BAYAR CUKAI TANAH 2021
4 Oktober, Bandar Seri Jempol – Majlis Penyerahan HakMilik Felcra Rompin A dan Penyampaian Hadian Cabutan Bertuah Sempena Kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2021 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bertempat di Dewan Seri Rompin Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Seramai 30 penerima telah menerima geran secara bersemuka di Dewan Seri Rompin manakala seramai 20 orang lagi penerima serahan hakmilik secara pandu lalu di lobi Pejabat Daerah Jempol.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah juga telah disampaikan sejurus sahaja majlis penyerahan hakmilik selesai.